Sunday, March 30, 2014

Side table lama


Salam...kali ini saya nak kongsi bersama 2 unit meja sisi era 60an beralas formica diatasnya yang berjaya diperolehi sewaktu berkunjung ke rumah adik ipar di pantai timur...walaupun telah berusia tetapi masih kukuh strukturnya dan kayunya sedikit pun tidak terjejas...

Saturday, March 1, 2014

Project Kuda Kayu Mama


Sempena tahun kuda ni semangat untuk  membaik pulih kuda kayu mainan kepunyaan isteri dapat dilaksanakan hendaknya. struktur asal masih kukuh cuma lapisan plywood telah mengembang...mmm...

Tuesday, February 11, 2014

Teko Mrs. Pot Ros Pink

Salam...Teko Mrs. Pot bunga ros pink ni berjaya juga diperolehi setelah sekian lama set cawan yang ada tanpa berteko...

Thursday, February 6, 2014

Bekas bunga rampai tembaga


Salam...Hujung minggu lepas kami sekeluarga berkunjung ke rumah adik saya di Tambun, Ipoh...Untuk melengkapkan lagi kunjungan kami ke Ipoh, memang tak sah lah kalau tak ke Loken...hehehe.
Bekas tembaga ni amat menarik kerana sebelum ni kami tak pernah jumpa...dengan harga yang berpatutan kami pun menyambarnya...sekian

Sunday, January 26, 2014

Terjumpa duit lebih


Sedang sibuk mengemas bilik terjumpa pula duit ni...duit yang dimalsudkan ialah keluaran terhad rm50 Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan yang datang lengkap dengan sarungnya dan yang penting garisan kuning gelap ditepi duit tersebut tidak seperti yang diguna pakai untuk jual beli yang berwarna kuning cerah.Dibawah pula duit rm1 yang bercantum 8....berapa agaknya nilai kedua-duanya sekarang yer...mmm

Sunday, January 19, 2014

Tempat Parking baru Lori

Huhh...siap jugak tempat parking lori MILO...hehehe
nak kena tambah lagi ni 'Elevated parking'...

Saturday, January 11, 2014

Set bunga kuning

Salam...Set bunga kuning ni saya dapat di Terengganu semasa balik ke kampung isteri...set ni hampir lengkap tapi sayang tiada teko...sesiapa yang ingin menjual atau terjumpa teko bunga kuning ni hubungi lah saya yer...sekian, terima kasih.

Thursday, December 26, 2013

Pemberian dari rakan


Variasi botol Coca-Cola 250ml dari Thailand. Label plastic merah adalah untuk Tahun 2013.

Sunday, August 26, 2012

Rezeki Raya 2012'

Olympic 1996 variasi Jalan Foss dan Jalan Yew, sama tapi tak serupa.


Troli yang juga berjaya diperolehi...Enjoy

Thursday, June 30, 2011

Penebusan Van Milo

Salam semua, n3 hari ni xde kena mengena dengan PML tapi nak berkongsi dengan collector2 diluar sana yang sekian lama mengumpul mata-mata penebusan untuk mendapatkan Van2 milo...Hari ni adalah hari pertama penebusan Khas di Taman Mayang, PJ....ramai jugak yang beratur hampir setengah jam jugak ler. Van yang dapat di tebus untuk bulan ini hanyalah jenis X1 (tahun 50an) dan X2 (tahun 60-70an) dan terhad kepada 4 unit van untuk seorang sahaja...cepat-cepat sebelum saya rembat semua...hahahaha


10.30 pagi...barisan semakin panjang


4 unit jer boleh tebus...saya amik 2 besar dan 2 kecil


Van milo tahun 50an (X1) besar jugak ler